Monday 16 February 2015

PERASMIAN PUSAT SUMBER MINI AL KHAWARIZMI

SK Menjalara telah menyediakan pusat ilmu yang dapat menarik minat membaca di kalangan murid SK Menjalara khusunya.
Pada 10 Februari 2015, Guru Besar Sk Menjalara Encik Zaifuddin Baharum telah merasmikan pembukaan Pusat Sumber Mini Al Khawarizmi SK Menjalara . Pusat Sumber ini telah dilihamkan sendiri oleh beliau dan direalisasikan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah SK Menjalara dengan kerjasama semua guru SK Menjalara.
Objektif penubuhannya tertumpu kepada perlaksanaa Progam Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) di peringkat sekolah.

Progam Nilam - adalah satu program yang yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan menyediakan pengikhtirafan terhadap murid di mana  ia meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun .
 
Terima kasih kepada Guru Besar SK Menjalara yang telah sudi merasmikan Pusat Sumber Mini Al Khawarizmi dan semoga pusat ilmu ini bakal memanfaatkan semua warga SK Menjalara,





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.