Saturday 22 December 2012

TARIKH-TARIKH PENTING SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh.Perkara / ButiranTindakan
24.12.12Persediaan Bilik-bilik PdPSemua Guru
26.12.12Mesyuarat Panitia MatapelajaranSemua Guru
27.12.12Mesyuarat HEMSemua AJK
28.12.12Pesediaan Sesi Persekolahan '13Semua Guru
29.12.12Orientasi Murid Tahun 1Semua Guru

SELAMAT DATANG KE SK MENJALARA

Warga pendidikan SK Menjalara mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada;
  • Pn Hanita binti Yaakob, GPK HEM SK Seri Kepong yang ditukarkan ke SK Menjalara sebagai GPK Tadbiran dan Kurikulum mulai 16 Disember 2012.
Warga pendidikan SK Menjalara juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Rokiah binti Abdul Rahman di atas sumbangan bakti beliau semasa berkhidmat di SK Menjalara. Semoga beliau akan lebih berjaya apabila berada di  SK Desa Setapak.

Monday 17 December 2012

LILLIAN NG MUN LING, Terima Kasih.

PN. LILLIAN NG MUN LING
             Warga Pendidikan SK Menjalara merakamkan setinggi-tinggi  terima kasih kepada Pn Lillian Ng Mun Ling kerana sumbangan bakti beliau kepada murid-murid serta warga pendidik selama berkhidmat di SK Menjalara.
             Mulai 16 Disember 2012, Pn Lillian telah berpindah sekolah ke SK Convent Sentul (2) berdasarkan keperluan guru Bahasa Inggeris di sekolah tersebut.
             Semoga Pn Lillian akan terus menyumbangkan usaha-usaha murni beliau dan khidmat bakti kepada murid-murid di SK Convent Sentul (2) kelak.

Thursday 13 December 2012

MINGGU ORIENTASI MURID-MURID TAHUN 1

Minggu orientasi murid-murid Tahun 1, sesi persekolahan 2013 SK Menjalara akan diadakan pada hari Sabtu, 29 Disember 2013. Berikut ialah aturcara hari orientasi tersebut;

Aturcara (Ibu Bapa)
                
8.00 pagi             : Pendaftaran
8.30 pagi             : Ucapan Aluan Pengacara majlis dan Bacaan Doa
8.35 pagi             : Ucapan Guru Besar
                              En Zaifuddin b. Baharum
8.45 pagi             : Ucapan YDP PIBG SK Menjalara
                              Tuan Haji Azizan b. Ahmad
9.00 pagi             : Talimat oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
                              En Khairul Anuar b. Ismail
                              (Penerangan borang APDM, rekod kesihatan, kad pergigian,
                               fail perkembangan  murid dan buku teks.)
 9.30 pagi             : Talimat  oleh Guru Besar
                               (KSSR dan PBS)

10.00 pagi           : Pengisian borang-borang dan pengagihan buku teks.
11.00 pagi           : Bersurai

Aturcara (Murid)

8.00 pagi              : Murid-murid berkumpul di Foyer sekolah
8.30 pagi              : Murid-murid di bawa ke bilik tayangan untuk aktiviti;
                                     - mewarna
                                     - mengenal huruf

10.00 pagi             : Melawat kawasan sekolah
11.00 pagi             : Bersurai.

                                     
MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU SK MENJALARA
Persediaan Sesi Persekolahan Tahun 2013.

Berikut adalah tarikh-tarikh Mesyuarat Guru yang akan diadakan sebelum
Sesi Persekolahan 2013.

Tarikh
Hari
Masa
Butiran
19 Disember 2012
Rabu
8.00 pagi
Mesyuarat Guru 2013 Pertama
19 Disember 2012
Rabu
11.00 pagi
Mesyuarat JK Induk Kokurikulum
20 Disember 2012
Khamis
8.00 pagi
Mesyuarat AJK Kokurikulum
21 Disember 2012
Jumaat
8.00 pagi
Mesyuarat JK Kurikulum
24 Disember 2012
Isnin
8.00 pagi
Mesyuarat JK Induk HEM
26 Disember 2012
Rabu
8.00 pagi
Mesyuarat Panitia
27 Disember 2012
Khamis
8.00 pagi
Mesyuarat Panitia
28 Disember 2012
Jumaat
8.00 pagi
Mesyuarat AJK HEM