Tuesday 25 June 2013

SUKAN TAHUNAN DITANGGUHKAN KERANA JEREBU

SUKAN TAHUNAN yang dijadual diadakan pada 29 Jun 2013 (Sabtu) ditangguhkan ke  bulan September 2013. Sehubungi itu cuti peristiwa pada 1 Julai seperti yang diumumkan ditarik balik dan batal. Sekian dimaklumkan.

AL-FATIHAH KEPADA PN KALSOM BT ISMAIL

Kepada semua warga pendidikan SK Menjalara.
Dimaklumkan Pn Kalsom bt Ismail, mantan Guru Besar SK Menjalara (26 Mac 2004 hingga 15 November 2006) telah pulang ke ramatullah 6.30 pagi ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhadah dan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Friday 21 June 2013

CUTI PERISTIWA SEKOLAH SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN

UNTUK MAKLUMAN SEMUA IBUBAPA DAN MURID-MURID SK MENJALARA.

CUTI PERISTIWA: 1 JULAI 2013


Sempena Tamasya Sukan Sekolah ke-18 pada hari Sabtu 29 Jun 2013, sekolah akan mengambil Cuti Peristiwa pada hari Isnin 1 Julai 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE -18 SK MENJALARA

Temasya Sukan Tahunan SK Menjalara yang ke-18 akan di adakan pada ketetapan berikut:


  • Tarikh:          29 Jun 2013
  • Hari:             Sabtu
  • Masa:           8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Tempat:        Padang SK Menjalara

Semua ibubapa dijemput hadir memeriahkan Temasya Sukan Tahunan SK Menjalara ke-18 ini.

Tuesday 11 June 2013

SEKOLAH GANTI CUTI PRU13

15 JUN 2013 SEKOLAH GANTI CUTI SEMASA PRU13

Untuk makluman ibu bapa SK Menjalara.

Sunday 9 June 2013

13 MINGGU MENJELANG UPSR

               Tanggal 10 September 2013 merupakan hari penentuan untuk murid-murid Tahun 6. Tarikh keramat inilah yang akan menentukan samada murid-murid anda akan meninggalkan alam persekolahan sekolah rendah dengan kejayaan yang cemerlang atau sebaliknya. Apakah keputusan UPSR anda nanti akan membanggakan ibu, bapa dan guru-guru anda?

Murid-murid hanya mempunyai 13 minggu lagi untuk bersedia menghadapi UPSR. Sudahkah anda menetapkan matlamat yang hendak dicapai? Sudahkah anda bersedia? Adakah anda telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan anda dalam setiap mata pelajaran yang akan diduduki? Sudahkah anda mengatur starategi untuk mengatasi kelemahan tersebut? Adakah anada yakin akan memperolehi keputusan yang terbaik untuk diri, keluarga dan guru-guru murid-murid?
Murid-murid ada 13 minggu lagi untuk mempekemaskan persediaan anda. Selama 13 minggu ini guru-guru anda akan membantu anda mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah mereka kenalpasti semasa PKSR1 yang anda duduki sebelum cuti pertengahan tahun.

Murid-murid tidak boleh bergantung harap dengan guru-guru sahaja. Yang amat penting sekali ialah diri anda sendiri. Sikap, kekuatan mental, semangat juang dan usaha yang gigih akan merubah nasib anda.

APAKAH PERSIAPAN ANDA DALAM MASA
13 MINGGU INI?

Thursday 6 June 2013

KRONOLOGI ISRAK DAN MIKRAJ

1. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


Wednesday 22 May 2013

Kedudukan Pertandingan Kecerian dan Kebersihan Sehingga 23 Mei 2013

KelasBil. Gred AMarkahKedudukan
1 Amanah78153
1 Bakti-75410
2 Amanah58034
2 Bakti47955
3 Amanah78222
3 Bakti17717
4 Amanah47946
4 Bakti-67012
5 Amanah17628
5 Bakti175311
6 Amanah-7569
6 Bakti88221

Tuesday 21 May 2013

Makluman kepada semua ibu/bapa/penjaga murid SK Menjalara

1. Pada 22 Mei 2013, aktiviti kokurikulum dibatalkan. Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 balik seperti biasa.

2. Cuti Pertengahan Penggal persekolahan bermula pada 24 Mei 2013 hingga 9 Jun 2013. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 10 Jun 2013.

3. Kelas Tambahan Tahun 6 akan diadakan mulai 27 Mei 2013 hingga 30 Mei 2013 dari 9.00a.m hingga 12.00pm.

Sekian dimaklumkan

Saturday 11 May 2013

PKSR 1. 10 Mei -16 Mei 2013

Kepada Semua Murid-Murid SK Menjalara,
Selamat Menduduki PKSR 1.
Semoga Berjaya Dengan Cemerlang

Friday 3 May 2013

HARI ISNIN 5 MEI 2013 SK MENJALARA CUTI BERGANTI

Dimaklumkan kepada semua ibubapa/penjaga murid SK Menjalara bahawa pada 5 Mei 2013 (Isnin), sekolah akan bercuti berganti sempena hari mengundi PRU 13. Sebagai ganti, hari persekolahan akan diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) dengan menggunakan jadual hari Isnin.
Sekian.

Tuesday 23 April 2013

JEJAK CEMERLANG UPSR

             BELAJAR TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR
Tarikh
Masa
Matapelajaran
25 April 2013
(Khamis)
2.30-4.30 ptg
    Sains
26 April 2013
(Jumaat)
2.30-4.30 ptg
    Bahasa Inggeris
2 Mei 2013
(Khamis)
2.30-4.30 ptg
    B. Malaysia
8 Mei 2013
(Rabu)
2.30-4.30 ptg
    Matematik

JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

              Ibu, bapa, penjaga dan murid-murid SK Menjalara sila ambil perhatian.
              Murid-murid diharap membuat persedian dan mengulangkaji setiap
              matapelajaran.

Tarikh
Matapelajaran / Masa
Matapelajaran / Masa
Matapelajaran / Masa
10.05.2013
(Jumaat)
Pendidikan
Muzik
8.00-9.00 pg
P.Jasmani/
Kesihatan
9.10.10.10 pg
Sivik &
Kewarganegaraan
10.45 – 11.45 pg
13.05.2013
(Isnin)
Bahasa Malaysia (K1)
8.00-8.50 pg
Bahasa Malaysia (K2)
8.55 -10.10 pg
P.Islam/ Moral
11.00 – 12.00 tgh
14.05.2013
(Selasa)
Matematik (K1)
8.00-9.00 pg
Matematik (K2)
9.20-10.00 pg
Kajian Tempatan
11.00-12.00 tgh
15.05.2013
(Rabu)
Bahasa Inggeris (K1)
8.00-8.50 pg
Bahasa Inggeris (K2)
8.55-10.10 pg
Sains
11.00-12.15 tgh
16.05.2013
(Khamis)
Kemahiran Hidup
8.00-9.00 pg
Bahasa Arab/ Mandarin
9.10-10.10 pg
Pendidikan Seni
11.00-12.30 tgh

Wednesday 17 April 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH AMBILAN 2014 SK MENJALARA KL.

Permohonan kemasukan ke Prasekolah SK Menjalara ambilan 2014 telah dibuka.

Kanak-kanak  lahir pada: 02 Januari 2008 hingga 01 Januari 2009.
Kanak-kanak yang telah mendaftar untuk bersekolah pada tahun 2015.
Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat SK Menjalara.
Sekian dimaklumkan.

Tuesday 16 April 2013

PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 BAGI KANAK-KANAK WARGANEGARA SESI PERSEKOLAHAN 2014 DAN 2015


Pendaftaran untuk kemasukan ke sekolah Tahun 1 sesi persekolahan 2014 dan 2015 bagi kanak-kanak warganegara Malaysia telah dibuka seperti butiran berikut:
Tarikh Pendaftaran:
Sesi Pertama : 1 Mac hingga 30 April 2013 (Pendaftaran Biasa)
Sesi Kedua : 2 Mei hingga 30 Oktober 2013 (Pendaftaran Lewat)
Hari/Masa:
Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 4.00 petang)
Tempat:
Pejabat Sekolah
Kanak-kanak yang lahir pada:
02.01.2007 hingga 01.01.2008 (Sesi persekolahan 2014)
02.01.2008 hingga 01.01.2009 (Sesi persekolahan 2015)
Sila bawa dokumen berikut:
 
1. Sijil kelahiran asal dan fotostat
2. Salinan bil Utiliti (Bukti Alamat Tempat Tinggal)
3. Satu salinan fotostat kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga
4. Sampul surat warna putih bertingkap 4 x 9 bersetem 80sen
Sekian, dimaklumkan

Monday 15 April 2013

CIKGU NOR HAFIZAN DALAM KENANGAN


Cikgu Nor Hafizan binti Hashim telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat 29 Mac 2013  jam  7.10 malam.
Allahyarhamah Cikgu Nor Hafizan mula berkhidmat sebagai seorang guru di SK Kepong (FRIM) Selangor pada 1 Januari 1991. Pada 1 Januari 1996 beliau berpindah ke SK LKTP Ulu Tebrau JB. Beliau bertukar ke SK Menjalara pada 1 Januari 2003.
Allahyarhamah berkhidmat mencurahkan jasa dan bakti di SK Menjalara sehingga akhir hayat beliau. Di SK Menjalara
allahyarhamah merupakan salah seorang tenaga pengajar utama menggerakkan kecemerlangan murid-murid UPSR.
Sama-sama mendoakan semoga rohnya sentiasa tenang dan  akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  
Al-Fatihah.