Saturday 7 November 2015

BUDIMU DIKENANG : Majlis Perpisahan Guru Besar Encik Zaifuddin Bin Baharum

SK Menjalara kembali mendepani sebuah kehilangan tiba-tiba. Sebuah majlis ringkas namun amat bermakna telah diadakan bagi memberi sedikit penghormatan kepada Guru Besar , Encik Zaifuddin Bin Baharum yang akan bertugas di tempat baru Sk Tiara Permai bermula pada 10 November ini. Seluruh warga SK Menjalara merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan panduan sepanjang beliau bertugas dan memimpin warga Sk Menjalara bermula Novembar 2012 sehingga November 2015. Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya di tempat baru. 

 SECULIN KENANGAN DILURUT MENJADI INSPIRASI BERPANJANGAN......Jasamu TUAN dalam ingatan .

HARI KANAK -KANAK SK MENJALARA 2015

Hari Kanak -Kanak Sk Menjalara telah berlangsung dengan meriah betmula pada 2 - 6 November 2015. Tahniah kepada Jawatankuasa Hari Kanak -Kanak 2015 kerana telah berjaya melaksanakan program dengan jayanya.

LAWATAN PENDIDIKAN TAHAP 1 DAN PRASEKOLAH KE KIDZANIA 2015

Seramai 80 orang murid yang terdiir daripada murid prasekolah dan Tahap 1 telah menyertai Lawatan Pendidikan ke Kidzania , Mutiara Damansara pada 26 Oktober 2015. Lawatan ini turut diiringi oleh 10 orang guru dan juga Guru Besar SK Menjalara, Encik Zaifuddin Bin Baharum. Terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan lawatan pendidikan ini.

KEM BERSEPADU BADAN BERUNIFORM SK MENJALARA 2015

Tahniah kepada Guru Besar SK Menjalara En. Zaifuddin Baharum dan barisan Jawatankuasa Kem Bersepadu Badan Beruniform Sk Menjalara 2015 yang berlangsung di Kem Desa Selesa Tanjung Malim poada tarikh 30, 31 Oktober dan 1 November 2015. Semoga setiap kenangan, pengalaman dan ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta kem dan segala yang indah akan dikenang sehingga ke akhir hayat . Terima kasih kepada semua guru yang terlibat serta yang sudi menjengah ke kem.Terima kasih kepada Guru Besar SK Menjalara Encik Zaifuddin Baharum yang sudi bersama berada di kem sepanjang kem berlangsung.