Friday 20 February 2015

Bingkisan Terakhir Buat Puan Syuhaira Dan Puan Asmah

18 Februari 2015....

Sedikit bingkisan terakhir kami  warga SK Menjalara untuk Puan Syuhaira Khalid dan Puan Asmah Ismail di hari terakhir mereka ......







Di sini tinggal yang namanya kenangan
Di sana bakal menanti pengalaman...
pastinya kedua ini bakal  mendewasakan....
Sulit memperincikan rasa
Sulit melakarkan perit dada...
Namun doa ini mengiringi setiap langkah sahabat..
agar terus berjaya, terus mara, 
terus gah merentang angin
di kala musim berganti musim 
di mana pun dirimu melangkah. 

Sesungguhnya kasih ini tak terucap. 



Monday 16 February 2015

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL SK MENJALARA 2015

Hari yang bermakna buat semua  pemimpin kecil di SK Menjalara.

TAHNIAH untuk semua pemimpin kecil yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Semoga anda cemerlang dalam menjalankan tugas.






PERASMIAN PUSAT SUMBER MINI AL KHAWARIZMI

SK Menjalara telah menyediakan pusat ilmu yang dapat menarik minat membaca di kalangan murid SK Menjalara khusunya.
Pada 10 Februari 2015, Guru Besar Sk Menjalara Encik Zaifuddin Baharum telah merasmikan pembukaan Pusat Sumber Mini Al Khawarizmi SK Menjalara . Pusat Sumber ini telah dilihamkan sendiri oleh beliau dan direalisasikan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah SK Menjalara dengan kerjasama semua guru SK Menjalara.
Objektif penubuhannya tertumpu kepada perlaksanaa Progam Nilam ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ) di peringkat sekolah.

Progam Nilam - adalah satu program yang yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan menyediakan pengikhtirafan terhadap murid di mana  ia meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun .
 
Terima kasih kepada Guru Besar SK Menjalara yang telah sudi merasmikan Pusat Sumber Mini Al Khawarizmi dan semoga pusat ilmu ini bakal memanfaatkan semua warga SK Menjalara,