Saturday, 15 March 2014

PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI WARGANEGARA SESI PERSEKOLAHAN 2014/2015

TERBUKA KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG INGIN BERSEKOLAH DI SK MENJALARA.

1. MAKLUMAN TARIKH PENDAFTARAN

  • Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa pendaftaran Sesi Pertama (Pendaftaran Biasa) bagi kemasukan murid Tahun 1 akan berakhir pada 30 April 2013.

  •  Pendaftaran selepas tarikh tersebut akan dibuka semula untuk Pendaftaran Sesi Kedua (Pendaftaran Lewat) pada 02 Mei 2013 sehingga 30 Oktober 2013.

 2. TEMPAT DAN MASA PENDAFTARAN

  •  Pendaftaran tersebut hendaklah dibuat di Pejabat Sekolah.
  • Isnin hingga Jumaat
    • Isnin – Khamis          (8:00pagi hingga 1:00ptg)
                                         (2:00ptg hingga 4:00ptg)

    •  Jumaat                       (8:00pagi hingga 12:00tgh)
                                         (2:45ptg hingga 4:00ptg)
3.  TAHUN KELAHIRAN KANAK-KANAK
  •  Pendaftaran ini terbuka bagi kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2007 hingga 01 Januari 2008 untuk sesi Persekolahan 2014.
  •  Bagi murid yang lahir pada 02 Januari 2008 hingga 01 Januari 2009 untuk sesi persekolahan 2015, pendaftaran akan berterusan di sekolah sehingga diberitahu tarikh akhir pendaftaran.
 4. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
  •  Dokumen yang perlu dibawa ibu bapa/penjaga kanak-kanak ketika membuat pendaftaran adalah seperti berikut:-
  1. Sijil Lahir Asal dan satu salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa / penjaga
  3. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal)
  4. Salinan Sijil Lahir Abang / Kakak berada di sekolah dipohon
  5. 2 Keping Sampul surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm)
  6. 2 Keping Setem 80 sen

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.