Wednesday 5 February 2014

Majlis Persaraan En Mohd Kamil b. Othman

              Tanggal 5 Februari 2014 adalah hari terakhir En Mohd Kamil bin Othman, Ketua Pembantu Tadbir SK Menjalara berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan Malaysia. Mulai 6 Februari 2014 beliau akan mula menempuh alam persaraan setelah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan selama 39 tahun dan di SK Menjalara selama 10 tahun.

           Warga pendidikan SK Menjalara merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau kepada sekolah ini. Semoga selepas ini beliau sentiasa gembira dan sihat walafiat.
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan menyanjung, bukan puji
Hanya budi dalam ingatan
 Buat kenangan sepanjang hayat 

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barl
 Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.