Tanggal 10 September 2013 merupakan hari penentuan untuk murid-murid Tahun 6. Tarikh keramat inilah yang akan menentukan samada murid-murid anda akan meninggalkan alam persekolahan sekolah rendah dengan kejayaan yang cemerlang atau sebaliknya. Apakah keputusan UPSR anda nanti akan membanggakan ibu, bapa dan guru-guru anda?
Murid-murid hanya mempunyai 13 minggu lagi untuk bersedia menghadapi UPSR. Sudahkah anda menetapkan matlamat yang hendak dicapai? Sudahkah anda bersedia? Adakah anda telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan anda dalam setiap mata pelajaran yang akan diduduki? Sudahkah anda mengatur starategi untuk mengatasi kelemahan tersebut? Adakah anada yakin akan memperolehi keputusan yang terbaik untuk diri, keluarga dan guru-guru murid-murid?
Murid-murid ada 13 minggu lagi untuk mempekemaskan persediaan anda. Selama 13 minggu ini guru-guru anda akan membantu anda mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah mereka kenalpasti semasa PKSR1 yang anda duduki sebelum cuti pertengahan tahun.
Murid-murid tidak boleh bergantung harap dengan guru-guru sahaja. Yang amat penting sekali ialah diri anda sendiri. Sikap, kekuatan mental, semangat juang dan usaha yang gigih akan merubah nasib anda.
13 MINGGU INI?
1. Menilai persediaan dan keupayaan anda.
Murid-murid telah menduduki sebanyak 3 kali ujian semenjak bulan Januari, dan yang terakhir ialah PKSR1 sebelum cuti sekolah. Anda sudah pasti tahu di manakah kelemahan anda, seperti;
- tidak faham soalan.
- keliru dengan soalan.
- tidak tahu jawapannya.
- cuai.
Topik-topik mana yang anda tidak faham, sukar pada anda dan perlu diberi perhatian. Kelemahan anda menyebabkan anda tidak dapat jawab dengan betul. Anda perlu dan perbanyakkan latihan untuk menjawab soalan-soalan topik tersebut dan mohon bantuan guru untuk anda mengatasinya.
2. Membuat jadual ulangkaji.
- Sediakan jadual ulangkaji. Jadual biarlah seimbang untuk setiap mata pelajaran. Jadual yang disediakan mestilah diikuti dengan serius.
3. Tumpuan ulangkaji
- Beri tumpuan kepada topik-topik yang sukar difahami dan selalu melakukan kesilapan ketika menjawab.
- Biasakan buat latihan dan ulangkaji menggunakan soalan-soalan UPSR sebenar dari tahun-tahun yang lepas.
- Jangan buat ulangkaji sambil lewa, sambil menonton TV, sambil melayan rakan di laman sosial dan sebagainya yang menganggu tumpuan.
- Buat nota ringkas seperti peta minda untuk digunakan (dibaca) pada waktu-waktu terluang seperti waktu rehat, menunggu bas, kereta atau semasa dalam kenderaan dan di mana-mana anda pergi.
4. Belajar berkumpulan
- Selalu bersoal jawab dan menduga rakan-rakan anda.
- Biasakan belajar secara berkumpulan kecil, 3 atau 4 orang. Berbincanglah berkaitan dengan topik-topik dan soalan-soalan yang sukar.
- Setiap hari sediakan soalan-soalan untuk rakan-rakan jawab. Soalan-soalan boleh diambil dari soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas. Pastikan anda tahu jawapan dan jalan kerjanya supaya anda boleh terangkan kepada rakan yang tidak dapat menjawab dengan betul.
5. Beri tumpuan kepada guru ketika belajar.
- Beri tumpuan ketika guru sedang mengajar. Tanya guru segera jika anda tidak faham sesuatu yang guru ajar. Jangan tanya rakan, ini akan mengganggu rakan-rakan yang lain.
- Latihan dan kerja rumah yang guru beri hendaklah disiapkan sendiri. Jangan meniru kerja rakan. Jika tidak tahu tanya rakan bagaimana dapat jawapannya atau tanya guru.
Ini adalah sedikit panduan untuk murid-murid Tahun 6, khasnya untuk murid-murid Tahun 6 SK Menjalara.
Di sini terdapat halaman-halaman yang mungkin anda minat untuk layari.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.