Tuesday, 25 June 2013

SUKAN TAHUNAN DITANGGUHKAN KERANA JEREBU

SUKAN TAHUNAN yang dijadual diadakan pada 29 Jun 2013 (Sabtu) ditangguhkan ke  bulan September 2013. Sehubungi itu cuti peristiwa pada 1 Julai seperti yang diumumkan ditarik balik dan batal. Sekian dimaklumkan.

AL-FATIHAH KEPADA PN KALSOM BT ISMAIL

Kepada semua warga pendidikan SK Menjalara.
Dimaklumkan Pn Kalsom bt Ismail, mantan Guru Besar SK Menjalara (26 Mac 2004 hingga 15 November 2006) telah pulang ke ramatullah 6.30 pagi ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhadah dan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Friday, 21 June 2013

CUTI PERISTIWA SEKOLAH SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN

UNTUK MAKLUMAN SEMUA IBUBAPA DAN MURID-MURID SK MENJALARA.

CUTI PERISTIWA: 1 JULAI 2013


Sempena Tamasya Sukan Sekolah ke-18 pada hari Sabtu 29 Jun 2013, sekolah akan mengambil Cuti Peristiwa pada hari Isnin 1 Julai 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KE -18 SK MENJALARA

Temasya Sukan Tahunan SK Menjalara yang ke-18 akan di adakan pada ketetapan berikut:


  • Tarikh:          29 Jun 2013
  • Hari:             Sabtu
  • Masa:           8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Tempat:        Padang SK Menjalara

Semua ibubapa dijemput hadir memeriahkan Temasya Sukan Tahunan SK Menjalara ke-18 ini.

Tuesday, 11 June 2013

SEKOLAH GANTI CUTI PRU13

15 JUN 2013 SEKOLAH GANTI CUTI SEMASA PRU13

Untuk makluman ibu bapa SK Menjalara.

Sunday, 9 June 2013

13 MINGGU MENJELANG UPSR

               Tanggal 10 September 2013 merupakan hari penentuan untuk murid-murid Tahun 6. Tarikh keramat inilah yang akan menentukan samada murid-murid anda akan meninggalkan alam persekolahan sekolah rendah dengan kejayaan yang cemerlang atau sebaliknya. Apakah keputusan UPSR anda nanti akan membanggakan ibu, bapa dan guru-guru anda?

Murid-murid hanya mempunyai 13 minggu lagi untuk bersedia menghadapi UPSR. Sudahkah anda menetapkan matlamat yang hendak dicapai? Sudahkah anda bersedia? Adakah anda telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan anda dalam setiap mata pelajaran yang akan diduduki? Sudahkah anda mengatur starategi untuk mengatasi kelemahan tersebut? Adakah anada yakin akan memperolehi keputusan yang terbaik untuk diri, keluarga dan guru-guru murid-murid?
Murid-murid ada 13 minggu lagi untuk mempekemaskan persediaan anda. Selama 13 minggu ini guru-guru anda akan membantu anda mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah mereka kenalpasti semasa PKSR1 yang anda duduki sebelum cuti pertengahan tahun.

Murid-murid tidak boleh bergantung harap dengan guru-guru sahaja. Yang amat penting sekali ialah diri anda sendiri. Sikap, kekuatan mental, semangat juang dan usaha yang gigih akan merubah nasib anda.

APAKAH PERSIAPAN ANDA DALAM MASA
13 MINGGU INI?

Thursday, 6 June 2013

KRONOLOGI ISRAK DAN MIKRAJ

1. SEBELUM ISRAK DAN MIKRAJ
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.