Monday 15 April 2013

CIKGU NOR HAFIZAN DALAM KENANGAN


Cikgu Nor Hafizan binti Hashim telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat 29 Mac 2013  jam  7.10 malam.
Allahyarhamah Cikgu Nor Hafizan mula berkhidmat sebagai seorang guru di SK Kepong (FRIM) Selangor pada 1 Januari 1991. Pada 1 Januari 1996 beliau berpindah ke SK LKTP Ulu Tebrau JB. Beliau bertukar ke SK Menjalara pada 1 Januari 2003.
Allahyarhamah berkhidmat mencurahkan jasa dan bakti di SK Menjalara sehingga akhir hayat beliau. Di SK Menjalara
allahyarhamah merupakan salah seorang tenaga pengajar utama menggerakkan kecemerlangan murid-murid UPSR.
Sama-sama mendoakan semoga rohnya sentiasa tenang dan  akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.  
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.