Sejarah


SEJARAH SEKOLAH
 
                SEKOLAH KEBANGSAAN MENJALARA terletak di kawasan Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka untuk pengambilan tenaga pengajar dan pelajar pada 4 Disember 1995.  Pada 1 Januari 1996, sekolah ini mula beroperasi secara rasmi dengan bilangan murid seramai 520 orang dan 29 orang tenaga pengajar termasuklah 10 orang guru lepasan maktab perguruan. Sekolah ini diterajui oleh En James Khaw Cheng Hock, Guru Besar pertama.
            Nama Sekolah Kebangsaan Menjalara di berikan berdasarkan kedudukan sekolah ini dalam kawasan Bandar Menjalara. Bandar Menjalara terletak di antara Kepong, Bandar Sri Damansara dan Bukit Maluri. Bandar ini dinamakan bersempena Paduka Seri Cik Manjalara (Makche Manjelara atau Cik Menyelara), ibu kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 
            
           SK Menjalara mempunyai tiga blok bangunan dengan 28 buah bilik darjah. Di samping itu, SK Menjalara juga mempunyai beberapa bilik khas seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, Bilik Pemulihan Khas, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Gerakan dan Surau. SK Menjalara juga turut dibekalkan dengan sebuah dewan yang dilengkapi dengan pentas dan sebuah foyer untuk perhimpunan murid.

          Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam jadual waktu telah beroperasi seawal tahun 1999 dengan kemudahan 20 unit komputer. Kini Makmal Komputer telah mendapat komputer baru dengan penggunaan jaringan internet yang baik selain daripada penggunaan perisian MBMMBI.

Statistik Bilangan Murid dan Guru dari Tahun 1996 hingga 1999

Tahun                          Bilangan Murid         Bilangan Guru 
  1996                                      520                         29
  1997                                      700                         41
  1998                                      710                         41
  1999                                      720                         41

Guru Besar SK Menjalara

  





 LENCANA SEKOLAH


   Keterangan Warna dan Lambang

Biru
Perpaduan kaum
Merah
Semangat yang berani berani lagi tabah menghadapi segala rintangan dalam merealisasikan wawasan sekolah.
Kuning
Menekankan ketinggian mutu perpaduan dan penerapan nilai-nilai murni di SK Menjalara.
Hijau
Keharnonian situasi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Menjalara.
Simbol
Buku
Segala bidang ilmu pengetahuan termasuk ilmu keagamaan
Obor
Usaha murni warga sekolah ke arah kecemerlangan kokurikulum. Kesungguhan semangat SKM mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Anak panah
Cita-cita yang suci warga sekolah untuk penerapan konsep “Maju Ke Hadapan Dengan Penuh Kecemerlangan”.
Bunga raya
Bunga Kebangsaan
Lima Kelompok Bunga Raya
Lima Prinsip Rukun Negara
Daun Bunga Raya
Konsep kehijauan dan sekolah dalam taman di SKM


LAGU SEKOLAH

SK Menjalara
Ke arah Kecemerlangan
Rajin Belajar, Tekun Berusaha
Agar Kami Berjaya

Kami Putra Puteri Bangga
Setia Bersamamu
Agar Capai Cita Murni
Harapan Ayah Bonda

Hormatilah Guru-Guru
Mendidik Dan Memimpin
Menaburkan Jasa
Setia Berbakti
Pada Ibu Pertiwi


MOTO SEKOLAH

Ke Arah Kecemerlangan
                 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.