Monday 19 January 2015

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA KE SK MENJALARA

Seluruh warga SK Menjalara amat berbangga menerima kunjungan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Khair Mohammed Yusof sempena lawatan kerja beliau ke SK Menjalara pada 30 September 2014.
      Lawatan itu bertujuan untuk meninjau suasana sekolah dan keadaan calon calon  yang menduduki  peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR ) pada hari tersebut. 
 Pihak pentadbir dan seluruh warga SK Menjalara amat berbesar hati menerima kunjungan beliau dan seluruh warga sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada KPPM kerana telah sudi meluangkan masa melawat ke SK Menjalara.

Sekitar kunjungan KPPM ke SK Menjalara.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.