Laung Agung merupakan:
1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak.
2. Diamalkan di seluruh dunia.
3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK”
4. Untuk menghormati tetamu.
5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina disiplin.
BILA DI ADAKAN?
1. Setiap kali diadakan perjumpaan
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.
ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia).
2. Akela berteriak PEK ! PEK !
PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat
untuk membentuk bulatan kecil.
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri
Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa
tangan dan PKK pula berpegangan tangan.
4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela
menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka
lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah
peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik
sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela.
5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar
sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal
). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK
".
6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan
tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).
- Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada
Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat
Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.